JULAI 2023

Premier Memperuntuk Dana Khas RM15 Juta Untuk Pembinaan Bangunan Baharu SMK Gedong


GEDONG - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg memperuntuk dana khas RM15 juta untuk pembinaan bangunan baharu sekolah dan penambahbaikan landskap Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong.

"Ini adalah dana khas dan anggaran saya dengan Datuk Mohd Naroden Majais tadi lebih kurang RM15 juta kerana untuk membina blok baru dan juga lanskap sekolah. Seperti membina sekolah baru," kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penutupan Kem Belia E-mart, di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong.

Beliau menambah, mereka akan meminta Jabatan Pendidikan untuk melantik konsultan, dan  memberikan reka bentuk ‘functional building’.

“Saya dan naroden akan minta Jabatan Pendidikan melantikan konsultan. Tetapi, jangan terlalu ikutkan  reka bentuk konsultan. Konsultan kadang-kadang reka bentuknya ‘overbill’ sebab itu harga tinggi. Kita akan buat ‘fuctional building’,” kata beliau. 

Turut hadir, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) merangkap Wakil Tugas Khas kepada ADUN Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais, Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang, Pengetua SMK Gedong, Abdul Wahab Bujang dan Pengarah Urusan E-mart Ngu Ting Sii.-Sarawakku

Sumber dari : Sarawakku